Pada hujung kehamilan, kebanyakan bakal mama mula berasa gentar
kerana hari melahirkan bayi semakin menghampiri. Biarpun tidak sabar hendak
menatap wajah comel yang dinanti, jauh di sudut hati tetap rasa berdebar.
Tidak kira sama ada ini pengalaman pertama atau pengalaman yang
seterusnya, perasaan takut tetap sama. Tetapi sudah tentu bakal mama yang baru
pertama kali lagi kuat debarannya. Bagi ibu yang berpengalaman, pasti sahaja
sudah sedia maklum apa tanda-tanda yang menunjukkan masa bersalin semakin
hampir.
Setiap orang pasti takkan sama pengalaman mereka..Ada yang mudah
ada jugak yang susah..Semuanya ketentuan Ilahi…Anggaplah semua itu sebagai
ujian untuk kita…
Gambar nie sehari sebelum aku bersalin..sempat lagi posing ...time nie dah petang ajak husband keluar gi Megamall beli sikit lagi barang2 baby... |
Esok Malamnya...Muhammad Aliff dah hadir..Hehehhehe... |
Untuk bakal mama yang baru pertama kali, jom semak tanda-tanda
berikut supaya anda lebih bersedia menghadapi saat-saat mendebarkan tersebut.
1. Ngilu
di bahagian ari-ari
Makin dekat nak bersalin, akan selalu rasa ngilu dan pedih di
bahagian ari-ari. kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta
buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan
tulang pelvik.
2. Sakit tulang belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan.Puncanya,
berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
3. Keluar lendir berdarah
Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir
bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu
rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa
doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
4. Keluar air ketuban
Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami
pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau
deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama
kemudian ibu akan bersalin.
5. Kontraksi rahim
Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit
kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga lima minit sekali
dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan
mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang
betul.
6. Bukaan pintu rahim
Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali
adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar
ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10
cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan
saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.
Sakit yang paling sakit adalah sakit bersalin..para suami dan anak
Hargai Ibu anda yer….